(Hadis riwayat Tabrani)
Keterangan:
Kelebihan bersahur telah dinyatakan dalam banyak hadis. Rasullullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Perbezaan puasa kita dengan puasa Ahlul-Kitab (Yahudi dan Nasara) adalah dengan bersahur. Mereka tidak bersahur". Dalam hadis yang lain Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda, "Bersahurlah kerana di dalamnya terdapat keberkatan". Dalam hadis yang lain Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda, "Terdapat keberkatan dalam tiga perkara. 1. Berjamaah 2. Tharid (roti yang direndam dalam kuah daging) 3. Bersahur".
Sumber: Kitab Fadhilat Amal @ Fadhilat Ramadhan (Bab 1 Hadis 7 m/s 36)
Karangan: Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria rah.a
Tiada ulasan:
Catat Ulasan