1. Sembahyang
Yang biasa: Ramai dari kita yang sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih "Better late than never" menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.
Luar biasa: Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sembahyang.
Kalau begitu, sahihlah dia orang luar biasa.
2. Sedekah
Yang biasa: Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press, sekurang-kurangnya kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedekah yang ikhlas akan dibalas oleh Tuhan.
Luar biasa: Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau taksub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah akan turun rahmat serta keampunan Tuhan.
3. Berjaga malam
Yang biasa: Kita biasa berjaga malam sama ada untuk tengok bola sepak, melayari internet, catting facebook atau melayan VCD terbaru. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.
Luar biasa: Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk Qiamullail, bertahajud dan muhasabahkan diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Tuhan, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dariNya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.
4. Kerja
Yang biasa: Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Tuhan punya kuasa.
Luar biasa: Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Tuhan. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Tuhan. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Tuhan sehingga tersilap menggunakan nikmat dariNya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Tuhan . Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.
minta izin untuk copy :)
BalasPadamMemang luar biasa, kawan..cukup seronok membaca entri ini..Mai ke laman saya : jomwalkabout.blogspot.com.
BalasPadamGeng pondok dulu dulu laa....
JOMWALKABOUT.BLOGSPOT.COM.
BalasPadamsetujuuuuuu
BalasPadamTerima kasih di atas perkongsian ilmu, sangat bermakna.
BalasPadam..Bagi saya keempat-empat perkara di atas perlu kita mulakan dengan SYUKUR ALHAMDULILLAH..
BalasPadam1 - Solat : Bersyukur kerana ALLAH S.W.T. masih memberi kita nyawa
untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba ALLAH S.W.T.
2 - Sedekah : Bersyukur kerana ALLAH S.W.T. melimpahkan rezeki
tidak kira sedikit @ banyak untuk kita bersedekah.
3 - Berjaga malam : Bersykur kerana ALLH S.W.T. memberi kita
kesihatan dan keamanan untuk kita
mendekatkan lagi diri dengan ALLA S.W.T.
4 - Kerja : Bersyukur kerana ALLAH S.W.T. memberi kita peluang
dan terpilih untuk memegang sesebuah jawatan.
Itu semua datangnya daripada ALLAH S.W.T..Maka ucapkan
SYUKUR ALHAMDULILLAH..
Sekian, sedikit perkongsian daripada saya..