Sahabat

23 Julai, 2013

POWER of Ramadhan



P stands for Platform
Apabila tiba sahaja Ramadan, kebiasaannya kata-kata atau ucapan seperti “aku mahu Ramadan kali ini lebih baik” dan “moga Ramadan kali ini lebih terisi dengan ibadah berbanding Ramadan sebelumnya” yang kedengaran. Tiada terdengar ada yang berharap “moga Ramadan pada tahun ini lebih buruk”.
Kerana apa? Kerana Ramadan salah satu platform untuk menjadikan diri seseorang itu ke arah menjadi yang lebih baik. 
A platform to be a better person!
Dan kerana itu saat tiba sahaja Ramadan, kita semua mula mempersiapkan diri bersama senarai what-to-do-in-Ramadan. Pada bulan yang lain ada? Mungkin ada namun jarang dan kurang kesungguhan.
O stands for Opportunity
Opportunity bermaksud peluang. Ramadan membuka banyak peluang. Peluang menjadi hamba yang lebih baik dan peluang untuk menambahkan amalan serta meraih segala fadhilat yang tersedia. Andai sebelum ini bukanlah satu kebiasaan solat berjemaah di masjid maka pada bulan Ramadan rajin menjejakkan kaki ke masjid untuk solat terawih. Bukan 8 rakaat malah 20 rakaat. Tambahan, tiada satu hari yang ketinggalan.
Ramadan juga membuka peluang untuk mengajak tadarus Al-Quran bersama-sama. Ramadan membuka peluang meningkatkan lagi status ajakan terhadap kebaikan di Facebook. Ramadan membuka peluang meraih keampunan Allah dengan Lailatul Qadr.
W stand for Wish
Wish membawa maksud keinginan atau harapan. Pada bulan Ramadan ini begitu ramai yang terlihat memasang keinginan dan harapan. Harapan supaya dapat menghabiskan 30 juzuk Al-Quran dengan jayanya. Harapan supaya mulut terjaga daripada umpatan dan cacian. Harapan supaya lebih rajin mendirikan qiamullail.
Seribu satu harapan tertulis di minda.
E stands for Encouragement
Bulan Ramadan bulan galakan dan dorongan. Terasa ada satu semangat baru dalam diri terutama pada saat awal kedatangannya. Semangat begitu berkobar-kobar agar hari-hari yang dilalui dalam bulan ini diisi dengan pengisian yang bermanfaat. Diri terdorong untuk berazam agar hari-hari pada bulan ini penuh dengan ibadah yang terancang.
Galakan dan dorongan untuk melakukan pembaharuan dalam diri terutama.
R stands for Reckon
Reckon membawa maksud menghitung. ‘Self-reckoning’ bermakna muhasabah diri. Menghisab dan memuhasabahkan diri sendiri. Bulan Ramadan bulan yang sesuai dirasakan untuk lebih merenung kekhilafan dalam diri. Banyak manakah amalan selama ini? Bagaimanakah hubungan dengan Allah? Bagaimanakah pula akhlak terhadap manusia selama ini?
Sejauh mana bisa mengawal marah? Sejauh mana bisa mendidik hati menjadi seorang yang pemurah memberi dan berkongsi? Sejauh mana percakapan dihalakan kepada perkara-perkara yang positif?
Kerana itu ada yang muhasabah pada bulan Ramadan membawa kepada keputusan untuk istiqamah menutup aurat dengan sempurna walaupun selepas berlalunya Ramadan. Alhamdulillah.
Hebatnya Ramadan mendidik peribadi. Hebatnya Ramadan menghembus semangat dalam diri. Hebatnya Ramadan bisa mengetuk pintu hati insani melakukan pengislahan atau pembaikan terhadap diri. Benarlah Ramadan itu madrasah diri, tarbiyah hati.

17 Julai, 2013

Maksud Puasa


Maksud PUASA adalah...
Membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..
Kerana itulah orang yang berpuasa tidak boleh makan dan minum macam malaikat yang tidak makan dan minum, dan juga, puasa ini bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja, tapi gunakan seluruh anggota untuk taat perintah Allah macam malaikat, yang mana:
  • Mata tak boleh tengok maksiat..
  • Telinga tak boleh dengar maksiat..
  • Mulut tak boleh cakap maksiat..
  • Otak tak boleh fikir maksiat..
  • Tangan tak boleh buat maksiat..
  • Kaki tak boleh berjalan ke arah maksiat..
  • hati tak boleh cinta maksiat..,
Pendek kata, kena 'puasa' segala galanya, bukan perut sahaja, tapi buat apa yang malaikat buat, iaitu sentisa beribadat dengan memperbanyakkan solat/sujud/zikir/membaca al-quran/tasbih/tahmid/tahlil dan lain-lain lagi yang sentiasamalaikat buat.
Sehinggakan bini atau isteri kita yang halal itu di haramkan bersetubuh pada waktu puasa kerana malaikat memang tak bersetubuh…!!!
Dan ada ulamak yang mengaharamkan kita pandang isteri kita yang halal itu dengan perasan ghairah, kerana untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri, nafsu shahwat dan nafsu makan sangat-sangat perlu di tekan!!!..(di tundukkan)
Jadi maksud puasa adalah membawa sifat ketaatan ‘macam’ malaikat dalam diri..
Bukan nak jadi malaikat atau 'dewa' macam kepercayaan ugama lain, just nak membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri.., kerana malaikat adalah setaat-taat makhluk..
(tapi oleh kerana kita manusia yang berhajat pada makan dan minum, dan Allah MAHA mengetahui, lalu Allah perintahkan kita belajar taat macam malaikat selama setengah hari sahaja, dan Allah tahu bahawa kita manusia adalah bersifat letih dan lemah tak macam malaikat, maka Allah benarkan orang berpuasa itu tidur..tapi kalau tidur terlalu banyak, jadi makruh pulak puasa tu…oh..)

Kelebihan Surah Al-Waqiah


Hazrat 'Abdulah bin Mas'ud r.anh meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesiapa membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam, kebuluran tidak akan menimpanya untuk selama-lamanya.
'Abdulah bin Mas'ud r.anh selalu menyuruh anak-anak perempuannya membaca surah ini pada setiap malam."
(Hadith riwayat Baihaqi)

Keterangan


Kelebihan-kelebihan surah al-Waqi'ah juga diberitakan dalam beberapa hadith. Ada satu riwayat menyatakan bahawa sesiapa membaca surah al-Hadid, al-Waqi'ah dan ar-Rahman, akan digolongkan sebagai penghuni Jannatul Firdaus. Dalam hadith yang lain dinyatakan bahawa, "Surah al-Waqi'ah ialah surah al-Ghina. Bacalah surah itu dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu." Riwayat yang lain menyebut, "Ajarkanlah kepada isteri-isterimu."

Diberitakan bahawa Hazrat 'Aishah r.anha juga telah menekankan kepentingan pembacaan surah ini. Walau bagaimanapun, satu keadaan yang cukup rendah sekiranya kita membaca surah ini hanya untuk mendapat beberapa keping wang. Sebaliknya, jika kita membaca surah ini dengan niat untuk memenuhi kekayaan hati (kepuasan rohani) dan untuk maksud akhirat maka dengan sendirinya keuntungan-keuntungan dunia pun akan datang kepada kita.

02 Julai, 2013

Adab Sunnah Potong Kuku

Beberapa permasalahan yang berhubungkait dengan kuku dari segi hukum, hikmat memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan.

1. Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku

Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya:
“Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: “berkata Mus’ab:“Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur.”
(Hadis riwayat Muslim)


Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong k.uku ialah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci. Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.

2. Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari. Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.

 
3. Waktu Memotong Kuku

Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. 

Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.” (Hadis riwayat Muslim)

Adapun menurut Imam asy-Syafi’e dan ulama-ulama asy-Syafi’eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma’at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma’at.

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu‘anhuma berkata yang maksudnya : “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Sesiapa yang mandi pada hari Juma’at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma’at itu dan Juma’at sebelumnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya :
“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma’at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang.” (Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)

Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma’at atau pada hari Isnin.

4. Menanam Potongan Kuku

Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia. Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhu menanam potongan kuku.

5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub

Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.

Wallahu A'lam
Sumber: Blog Komuniti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...