Sahabat

24 Jun, 2007

FADHILAT SOLAT


HADIS 1
Usman r.a. diberitakan sebagai berkata, "Allah SWT menganugerahkan sembilan kurnia atas orang yang menjaga solatnya dan mengamat-amati dalam mengerjakannya pada waktu-waktu yang telah ditetapkan, iaitu:
1) dia dicintai Allah SWT.
2) dia menikmati kesihatan.
3) selalu dinaungi malaikat.
4) rumahnya diberkati.
5) nur taqwa bercahaya pada wajahnya.
6) hatinya lembut.
7) dia akan melintas Titi Siraq seperti kilat pantasnya.
8) dia diselamatkan dari neraka
9) jiran-jirannya di syurga adalah mereka yang Allah berfirman yang mafhumnya: "Mereka tidak merasa takut dan tidak gundah-gulana". (Al-Baqarah: 38)

HADIS 2
Rasulullah SAW bersabda, "solat adalah tiang agama dan mempunyai sepuluh fadhilat, iaitu:
1) daya penarik pada wajah.
2) teman di dalam kubur.
3) jalan turunnya rahmat Allah.
4) anak kunci ke syurga.
5) timbangan bagi neraca (amalan baik).
6) jalan untuk mendapat keredhaan Allah.
7) harga bagi syurga.
8) naungan terhadap api neraka.
9) seorang yang sangat memberati solatnya menegakkan Islam.
10) seorang yang melengah-lengahkannya merosakkan Islam."

5 ulasan:

  1. Laman web ini sangat berguna kepada kami, sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kami untuk mengutamakan solat. syukran jazilan. alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. mohon share di facebook eh..

    BalasPadam
  3. Saudara, sumber bg hadis ini tidak jelas.mohon pencerahan.dikhuatiri tidak sohih. Wallahua'lam

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...