Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Juga Baginda saw pernah bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari.” ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 1/214)
Bagaimana bebanan kewangan boleh diatasi?
1. Elak berbelanja dengan perbelanjaan yang melebihi pendapatan.
2. Hindari berhutang melainkan sekiranya terpaksa.
3. Buat perancangan pembayaran sekiranya terpaksa berhutang.
4. Libatkan saksi dalam proses peminjaman.
5. Pelajari dan berusaha dengan kaedah mendapatkan pendapatan sampingan.
6. Hidup bersederhana dan jangan ikut masyarakat sekeliling.
7. Lazimkan berdoa agar dijauhi bebanan hutang. (Seperti doa di atas)