Oleh: Dr. Yususf al-Qaradhawi (Fiqh  al-Siyam, bab Siyam al-Tatawwu’)
Penterjemah: Bin Sahak
Berpuasa dalam bulan-bulan haram  diterima dan disunatkan, dalam segala keadaan. Akan tetapi tidak  terdapat dari Nabi saw yang baginda berpuasa sebulan penuh melainkan  Ramadhan. Baginda paling banyak berpuasa adalah dalam bulan Syaaban akan  tetapi baginda tidak berpuasa keseluruhan (hari dlm Syaban).Inilah Sunnah Nabawi dalam perkara ini  (berpuasa sunat), Baginda berpuasa dan berbuka dalam setiap bulan,  sepertimana yang terdapat (di dalam hadith):
“Adalah baginda berpuasa sehingga kami sangkakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami sangkakan baginda tidak berpuasa.”(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Maka apa yang dilakukan oleh sebahagian  manusia yang berpuasa Rejab keseluruhannya, sepertimana yang dilakukan  sebahagian manusia berpuasa Rejab, Syaban, Ramadhan dan puasa 6 bulan  Syawal dan mereka menamakannya sebagai al-Ayyam al-Baidh selepas itu  baru mereka berbuka, dan mereka berhari raya pada hari ke8 Syawal, dan  hasilnya jadilah puasa mereka dalam 3 bulan ini dan puasa 6 syawal  berturut-turut, mereka tidak berbuka melainkan pada hari raya.
Maka perbuatan ini tidak terdapat dari  Nabi saw, tidak juga dari sahabat baginda dan tidak juga dari Salaf  al-Soleh. Yang utama (dalam puasa sunat ini) ialah berpuasa sehari dan  berbuka sehari, tidak dilakukan secara berturut-turut.
Maka setiap kebaikan itu pada mengikut  Salaf dan setiap keburukan itu pada rekaan-rekaan orang kemudian. Maka  siapa yang menghendaki al-Ittiba’ (mengikut Nabi saw) dan menghendaki  pahala yang sempurna, maka ikutlah Nabi saw, dan baginda tidak berpuasa  Rejab keseluruhannya, tidak juga Syaban keseluruhannya, Inilah (bentuk  puasa sunat) yang lebih utama.”
- Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
 - Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)
 - Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)
 - Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
 - Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)
 - Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah). - Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)
 - Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)
 - Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.
 - AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik)
 
- Hadis-hadis fadhilat Rejab ini  memang disahkan dha'ef dan palsu tapi tidak salah jika nak berpuasa  dalam mana-mana bulan termasuk Rejab, misalnya puasa Isnin-Khamis, puasa  bulan putih atau Puasa Daud. Adapun keutamaan dan kelebihan puasabulan  Rejab itu tiada asalnya.