Fadhilat Doa Akhir Tahun
Barangsiapa yang membaca                      doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Kaifiatnya: Doa ini hendaklah dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu asar 30 Zulhijjah sebelum maghrib 1 Muharram.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu                            kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat                            baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. 
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun                            ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada                            aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.                            Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya.                            Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana                            Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku                            dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa                            itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu,                            maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang                            demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau                            menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu.                            Maka aku memohon kepadaMu. 
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha                            Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima                            taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan                            harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah                            berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli                            keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan                            ke atas mereka.
Fadhilat Doa Awal Tahun
 Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Kaifiatnya: Doa ini hendaklah dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu maghrib pada 1 Muharram.
Kaifiatnya: Doa ini hendaklah dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu maghrib pada 1 Muharram.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. 
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang Qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. 
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1 MUHARRAM 1429H PADA 10 JANUARI 2008
