(Surah Al-Qadr 1-5)
Hadis 1
Hadis 2
Anas r.a berkata, telah masuk bulan Ramadhan lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terlepas daripadanya maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia yang benar-benar rugi.”
Hadis 3
Ubadah bin Samit r.a. telah bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang Lailatul-Qadr. Lalu baginda bersabda: "Ianya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh malam yang akhir. Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23,25,27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan. Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan. Di antara tanda-tandanya ialah keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, tidaklah terllu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Seolah-olah bulan sedang memancar ( kerana banyak Nur kerohanian). Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi. Di antara tanda-tandanya lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. Ianya terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama. Allah s.w.t. telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu.' (sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit).”
Hadis 4
Anas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila tiba Lailatul-Qadr, turunlah Jibrail a.s. bersama satu kumpulan para malaikat memohon rahmat ke atas setiap hamba yang sedang berdiri atau duduk mengingat Allah s.w.t. dan apabila tiba Hari Raya mereka, iaitu Hari Raya Fitrah maka Allah s.w.t. akan membangga-banggakan mereka kepada para malaikat-Nya. Allah s.w.t. berfirman: " Wahai malaikatKu! Apakah balasan seorang pekerja yang menyempurnakan kerjanya?" Mereka berkata : "Wahai Tuhanku, balasannya ialah disempunakan ganjarannya." Allah berkata lagi : " Wahai malaikatKu, hamba-hambaKu lelaki dan perempuan yang telah menyempurnakan fardhu ke atas mereka, kemudian mereka keluar sambil melaungkan doa. Demi kemulian dan kehebatanKu, kemurahan dan ketinggianKu dan demi kedudukanKu pasti Aku menerima doa-doa mereka.” Kemudian Allah s.w.t. berkata ( kepada hamba-hamba itu ) : "Pulanglah kamu, sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan telah Ku tukarkan segala keburukan kamu dengan kebaikan." Nabi s.a.w. berkata: “Lalu mereka pun pulang dalam keadaan terampun.”
Sumber: Kitab Fadhilat Ramadhan/ Fadhilat Amal
Karangan: Sheikul Hadith Maulana Zakaria rah.a
Tiada ulasan:
Catat Ulasan