21 Julai, 2007
ISRAK DAN MIKRAJ
Israk Mikraj yang dialami oleh Nabi Muhammad (saw) dengan jasad dan tubuhnya itu, di samping bagi menghibur dan memantapkan lagi iman baginda, juga adalah iktibar yang harus direnungi setiap Muslim. Banyak hikmah terkandung dalam peristiwa Israk Mikraj yang menggemparkan itu.
Dalam kejadian Israk Mikraj, Nabi (saw) diisrakkan oleh Allah SWT dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan mengenderai Buraq bersama Malaikat Jibrail.
Kemudian dari Masjidil Aqsa, Nabi (saw) dimikrajkan pula dengan menjelajahi tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha bahkan ke Mustawa. Dalam perjalanan mikraj inilah Nabi dapat melihat banyak tanda kebesaran dan kekuasaan Allah.
Di sana, Nabi (saw) berkesempatan berdialog dengan Allah SWT dan Allah SWT menghadiahkan atau memberi satu bingkisan untuk dibawa pulang oleh Nabi (saw), iaitu perintah sembahyang fardu lima waktu untuk Nabi (saw) dan umatnya.
Sebelum dimikrajkan, baginda sempat bersembahyang sunat bersama Malaikat Jibrail dan ruh ambiya di Masjidil Aqsa yang Allah berkati sekelilingnya.
Dari masjid ini, Nabi (saw) terus dimikrajkan iaitu dengan menjelajahi tujuh lapis langit, lalu sampai ke tempat yang tinggi, iaitu Sidratul Muntaha bahkan ke Mustawa.
Di sinilah baginda bermunajat dengan Allah, dan Allah memberi hadiah atau satu bingkisan yang besar kepada baginda untuk dibawa pulang, yakni berupa perintah solat lima waktu .
Segala pemandangan dan gambaran yang diperlihatkan kepada Nabi (saw) adalah sesuatu yang wujud dan benar-benar berlaku kepada umat Islam, iaitu umat Nabi Muhammad (saw).
Umat Islam yang benar-benar mempercayai bahawa kiamat itu pasti datang dan setiap perbuatan akan diminta pertanggungjawaban, sewajarnya mengambil iktibar daripada peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan itu.
Segala bentuk penyeksaan yang dialami oleh pelbagai kelompok manusia sebagaimana yang disaksikan Rasulullah akan terjadi kepada semua manusia di akhirat nanti, sesuai dengan kejahatan yang dilakukan.
Solat pula adalah satu ibadat yang istimewa dan terpenting. Rasulullah menerimanya secara langsung daripada Allah, sedangkah ibadat puasa, zakat dan haji diwahyukan saja melalui Malaikat Jibrail.
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi lautan hikmah yang harus dikaji dan diteliti secara mendalam, terutama betapa pentingnya solat dalam kehidupan seseorang Muslim. Dengan solat, setiap Muslim dapat berhubung dengan penciptanya lima kali sehari semalam dalam bentuk dialog langsung.
Jika kita jauh tersesat dan banyak melanggar larangan Allah, hentikanlah segera dan kembali melakukan amal soleh dan pekerjaan kebajikan.
24 Jun, 2007
DI SERBU WANITA BOGEL
Menurut beliau, peristiwa membabitkan lelaki berusia 40-an itu diceritakan kepadanya oleh seorang rakanya yang kebetulan menguruskan jemaah haji pada tahun itu. Rakan saya bertanya kpd lelaki berkenaan apa yg menyebabkan dia berkelakuan begitu secara tiba-tiba.
Pada mulanya lelaki tersebut enggan berterus-terang tetapi setelah didesak, katanya dia diserbu dan disekat oleh sekumpulan wanita bogel semasa hendak memulakan tawaf. Menurut lelaki itu, kesemua wanita tersebut berbogel dan dia juga tidak nampak lelaki atau wanita yg berpakaian melainkan kumpulan wanita berbogel itu sahaja.
Katanya, mereka menghalang dia dari masuk ke kawasan Kaabah. Banyak kali juga dia cuba merempuh tetapi gagal. Akhirnya dia rasa tidak bermaya hingga menangis ketakutan," kata ustaz safuan. Menyedari mungkin ada dosa berat yang dibawanya, lelaki itu turut memohon ampun kepada Allah banyak-banyak hingga kelakuannya menarik perhatian anggota jemaah lain.
Rakan saya yg juga seorang ustaz bertanya kepada lelaki itu, apa yang dia agak jadi punca masalah itu. Seperti pada mula tadi, lelaki itu agak keberatan. Sungguhpun begitu, dia kemudian mengakui dirinya adalah pengemar gambar atau video lucah". Ustaz safuan seterusnya berkata, petanda kegilaan lelaki terbabit terhadap bahan-bahan lucah ialah dia banyak menyimpan sama ada gambar, buku, VCD, serta sering melayari laman web bogel utk memuaskan nafsu.
"Menurut lelaki itu, dia gemar benda2 lucah itu sejak bujang lagi. setelah berbelas tahun kahwin pun hobi itu masih tidak dapat ditinggalkan. Dia sudah jadi seperti penagih;" katanya.
Menurut Ustaz safuan, dari pengakuanya, lelaki itu mendakwa isterinya juga sudah tidak mampu berbuat apa2 utk mempengaruhi dia tinggalkan tabiat buruk itu. "Yang peliknya, pada malam sejurus sebelum dia keluar ke lapangan terbang untuk ke tanah suci, dia masih lagi sempat tonton video lucah sebelum berlepas. Sebelum itu, dia menghubungi seorang kawanya yg hendak berangkat ke Jepun agar membelikannya beberapa majalah lucah untuk koleksinya..
Lelaki itu menceritakan demikian di hadapan rakan Ustaz Safuan sambil menangis sesal. Sehubungan itu, dia dinasihati agar bertaubat nasuha dan bertekad tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi. Lelaki itu bersetuju. Di hadapan rakan saya itu juga, dia menelefon isterinya di tanah air agar minta bakar semua bahan lucah yg ada dalam simpanannya.
Dia kemudian menghubungi rakannya di Jepun minta jangan beli majalah porno yg dia pesan sebelum itu. Atas kehendak Allah, lelaki berkenaan akhirnya kembali bersemangat dan berjaya menyempurnakan ibadah hajinya hingga selesai tanpa sebarang gangguan. Kumpulan wanita bogel itu juga tidak muncul-muncul lagi selepas itu.
FADHILAT SOLAT

HADIS 1
Usman r.a. diberitakan sebagai berkata, "Allah SWT menganugerahkan sembilan kurnia atas orang yang menjaga solatnya dan mengamat-amati dalam mengerjakannya pada waktu-waktu yang telah ditetapkan, iaitu:
1) dia dicintai Allah SWT.
2) dia menikmati kesihatan.
3) selalu dinaungi malaikat.
4) rumahnya diberkati.
5) nur taqwa bercahaya pada wajahnya.
6) hatinya lembut.
7) dia akan melintas Titi Siraq seperti kilat pantasnya.
8) dia diselamatkan dari neraka
9) jiran-jirannya di syurga adalah mereka yang Allah berfirman yang mafhumnya: "Mereka tidak merasa takut dan tidak gundah-gulana". (Al-Baqarah: 38)
HADIS 2
Rasulullah SAW bersabda, "solat adalah tiang agama dan mempunyai sepuluh fadhilat, iaitu:
1) daya penarik pada wajah.
2) teman di dalam kubur.
3) jalan turunnya rahmat Allah.
4) anak kunci ke syurga.
5) timbangan bagi neraca (amalan baik).
6) jalan untuk mendapat keredhaan Allah.
7) harga bagi syurga.
8) naungan terhadap api neraka.
9) seorang yang sangat memberati solatnya menegakkan Islam.
10) seorang yang melengah-lengahkannya merosakkan Islam."
03 Mei, 2007
Tanda Kebesaran Allah di sebalikTsunami

Beberapa buah Masjid di Meulaboh, Aceh, yang tampak tetap berdiri megah sedangkan bangunan-bangunan di sekelilingnya roboh dan musnah disapu tsunami kecuali pohon-pohon.







Gambar-gambar Kebesaran Allah
Gambar di bawah adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih.Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman:
"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37)

Makkah Dan Madinah Berkilau - Ini adalah hasil pencitraan dari IKONOS Satelite milik Space Imaging Inc, AS. Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi yang 'diintai' oleh AS pada 31 Oktober 1999 itu menampilkan fenomena menakjubkan. Terlihat di gambar hanya bahagian Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi sahaja yang berkilau sementara bangunan di sekitarnya tampak lebih gelap. Subhanallah. (NASA Astronomy Picture of The Day)
(sumber: http://www.spaceimaging.com/gallery/ioweek/archive/01-12-09/index.htm)


Pokok Ruku' - Pohon yang berbentuk manusia yang sedang ruku' ini ditemukan di sebuah hutan di daerah Sydney. Pohon tersebut memang sangat identik dengan seseorang yang sedang ruku'. Lebih menakjubkan lagi pohon tersebut menghadap ke arah kiblat (Kaabah) di Makkah di mana setiap orang Islam menghadapkan wajah mereka ke arahnya dalam solat.

Batu Sujud

Pemandangan Bukit - Gambar ini telah diabadikan oleh seorang fotografi yang mengambil gambar di sebuah bukit di salah satu kawasan peninggalan sejarah Machu Picchu, Peru. (Sekarang diisytiharkan sebagai salah satu tujuh keajaiban dunia moden). Setelah gambar ini diputar 90 darjah, kelihatan gambar wajah manusia

p/s: Untuk gambar yang lebih jelas sila klik pada gambar.
24 April, 2007
Solat-solat Sunat
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesiapa yang mempunyai hajat dari Allah atau salah seorang dari manusia maka hendaklah ia mengambil wudu’ dengan sabaik-baiknya, kemudian dia solat dua rakaat ….sembahyang hajat bilangan rakaatnya dua, ada yang mengatakan sebelas rakaat…”
Lafaz niat :
أصلي سنة الحاجة ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana Allah taala
Kemudian dibaca pada ….
Rakaat pertama:
1) Membaca surah Al-Fatihah (الفاتحه) selepas itu….
2) Membaca ayat Al-Kursi الله لا إله إلا هو الحى القيوم.....
Rakaat kedua :
1) Membaca surah Al-Fatihah (الفاتحه) selepas itu….
2) Membaca surah Al-Ikhlas قل هو الله أحد .....
2. SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Sembahyang sunat tahajjud ini dikerjakan pada waktu malam, setelah terbangun atau bangun daripada tidur di tengah malam hari. Di dalam al-Quran menganjurkan agar mengerjakan sunat tahajjud ini , sedangkan Nabi SAW pernah bersabda :
“Sembahyang 2 rakaat yang dikerjakan oleh hamba Allah di tengah malam yang akhir itu, terlebih baik baginya daripada dunia dan barang yang ada di dalamnya”.
Lafaz niatnya :
أصلي سنة التهجد ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah taala
Cara solatnya : seperti sunat –sunat yang lain.
Selepas selesai solat bacalah doa ini (tidak diwajibkan)

Sembahyang sunat taubat ini adalah sesudah seseorang melakukan dosa atau merasakan telah melakukan dosa, lantas terus bertaubat kepada Allah taala .
Syarat –syarat bertaubat :
1. menyesal akan perbuatan yang telah dilakukan.
2. bercita-cita tidak akan melakukannya lagi.
3. dan memohon keampunan dari Allah taala.
Lafaz niatnya :
أصلي سنة التوبة ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana Allah taala
Cara solatnya : seperti sunat –sunat yang lain.
4. SOLAT SUNAT WITIR
Sunat witir ini di sunatkan setiap malam iaitu selepas waktu solat isyak sehinggalah sebelum masuknya waktu solat subuh. Ianya boleh dilakukan selepas daripada melakukan segala jenis solat samada solat sunat atau fardhu (penyudah segala solat-solat).
Bilangan solat witir :
Solat sunat witir ini boleh dilakukan satu rakaat, sebaik-baiknya 3 rakaat dengan dua salam, dan se afdalnya 11 rakaat.
a. Lafaz niat ( 2 rakaat yang pertama):
أصلي سنة الوتر ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana Allah taala
b. lafaz niat ( satu rakaat yang akhir) :
أصلي سنة الوتر ركعة لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat witir satu rakaat kerana Allah taala
Cara solatnya : seperti sunat –sunat yang lain.
4. SOLAT SUNAT ISYRA'
Sesudah terbit matahari kadar segalah atau 20 minit selepas terbit matahari (Syuruk), Disunatkan mengerjakan sunat 2 rakaat yang dinamakan sunat isyra'.
Setengah Ulama' mengatakan masa solat sunat ini hanya sekadar 15 atau 20 minit sahaja kerana selepas itu masuk waktu solat Dhuha pula.
Lafaz niat :
أصلي سنة الإشراق ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Isyrak 2 rakaat kerana Allah taala
Cara solatnya ialah :
Rakaat pertama:
1) membaca surah Al-Fatihah (الفاتحه) selepas itu….
2) membaca ayat Al-Kursiقل يا أيها الكافرون.....
Rakaat kedua :
1) membaca surah Al-Fatihah (الفاتحه) selepas itu….
2) membaca surah Al-Ikhlas قل هو الله أحد .....
5. SOLAT SUNAT DHUHA
Sesudah sembahyang isyrak, ada pula di pagi hari sesudahnya terbit matahari , kadar tinggi segalah, maka di sunatkan sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat atau 4 rakaat atau 6 rakaat atau 8 rakaat. Tiap-tiap 2 rakaat satu salam.
Waktunya 35 minit selepas terbit matahari (Syuruk) sehingga gelincir matahari.
Lafaz niatnya :
أصلي سنة الضحى ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah taala
Cara solatnya : seperti sunat –sunat yang lain.
Selepas solat boleh berdoa seperti di bawah (tidak diwajibkan)

22 April, 2007
ENAM PESANAN UNTUK WANITA

Pesanan ini ditulis oleh Ulama muktabar
1. Jaga solat pada awal waktu.
Berusahalah untuk menjaga waktu solat yang betul dan jangan berlengah untuk menunaikannya. Kalau datang haid sekalipun (tidak dapat solat), kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.
2. Hidupkan bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal setiap hari dengan Istiqamah pada masa yang ditetapkan. Sebaiknya kumpulkan setiap ahli keluarga termasuk kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa. Ini amalan sahabiah di zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh/ solehah yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran dan zikir setiap hari
Berusahalah membaca Al Quran setiap hari dengan Istiqamah. Sebaiknya satu juzu' setiap hari dan sekurang-kurangnya beberapa ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, hendaklah mencium Al Quran dan muhasabah diri 'Ya Allah, apa dosaku hingga aku tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil dengan amalan Sunnah Rasullulah SAW dan doa-doa masnun iaitu doa seharian seperti doa ketika hendak tidur, doa bangun tidur, doa makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah SWT ke atas wanita tersebut.
6. Galak suami/ muhrim untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan mendapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.
Muzakarahlah bersama rakan wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah untuk kita amalkan...
Nasyid Mestica
Cinta Teragung
Kerana Cinta
Demi Cinta Zainab
Layar Keinsafan
Puteri Ku Sayang
21 April, 2007
Salahuddin Al Ayyubi
Salahuddin Al-Ayyubi 1
Salahhuddin Al-Ayyubi 2
18 April, 2007
Bacaan Al-Quran berlagu oleh kanak-kanak
MasyaAllah. Alangkah bertuahnya jika kanak-kanak ini anakku. Sejuk perut ibu mengandung. Semoga anak-anakku juga tergolong di kalangan soleh/solehah, hafiz/hafizah serta da'i - da'i Allah. Amin...
14 April, 2007
Burung Membaca Al-Quran
Si makhluk istimewa ini adalah seekor burung kakak tua yang berasal dari Pakistan yang dilatih pemiliknya dalam tempoh sembilan bulan ternyata mampu melafalkan beberapa ayat Al-Quran termasuk Bismillah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Selawat ke atas Rasullullah S.A.W. seperti yang telah diberitakan TV Al-Jazirah.
Mawi - Al Jannah
Mawi - Al-Jannah
Konsert Fantasia Mawi - Al-Jannah
Mawi berzanji - buka puasa bersama Duli Yang Di Pertuan Agong
Mawi - Azan
Mawi dan Raihan - Intifadah
12 April, 2007
Doa Angin Ahmar





07 April, 2007
Wanita Solehah 2

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
6. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
7. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
8. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
9. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
10. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
11. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Fadhilat Wanita Solehah
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan (Januari 1992)

Kalimah Allah di mana-mana
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [QS. Al- Fushshilat]
Kalimah Allah pada sarang madu lebah


Kalimah Allah di lautan di lihat dari Satelit

Kalimah Allah pada ikan

Kalimah Allah pada pokok kaktus

Kalimah Allah terbentuk pada awan

Kalimah Allah pada buah tembikai

Kalimah Allah pada Buah tomato

Kalimah Allah di langit tatkala senja.

Kalimah Allah pada badan ikan
Adab Bersahabat
Seorang sahabat mestilah menjaga adab-adab terhadap sahabatnya, iaitu :
1. Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian maka sekurangnya hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.
2. Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum brkehendak sahabatnya bahawa ia meminta tolong akan dia.
3. Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
4. Menutup keaiban sahabatnya.
5. Berdiam daripada menyampaikan perkata orang lain yang mencela sahabatnya.
6. Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji akan sahabatnya.
7. Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabat ketika ia bercakap-cakap.
8. Meninggalkan berbantah dengan sahabatnya.
9. Memanggil sahabatnya dengan nama yang terlebih disukainya.
10. Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya.
11. Berterima kasih kepada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.
12. Menegahkan orang lain apabila ia mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela dirinya sendiri.
13. Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan bahasa yang halus apabila ia berkehendak menasihati sahabatnya.
14. Memaafkan daripada sebarang kesilapan dan kesalahan sahabatnya, maka janganlah ia mencelanya.
15. Mendoakan sahabatnya apabila ia duduk bersendirian, ketika sahabatnya itu masih hidup atau pun setelah ia mati.
16. Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabat selepas daripada kematian sahabatnya.
17. Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendak ia meringankan daripadanya supaya ia sentiasa senang hati kepadanya.
18. Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.
19. Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak di luar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.
20. Memulakan memberi salam ketika ia menemui sahabatnya.
21. Meluaskan tempat duduk kepada sahabatnya ketika ia masuk ke dalam majlis dan hendaklah ia berpindah daripada tempat duduknya itu ke tempat yang lain ketika ia tidak dapat berbuat demikian.
22. Hendaklah ia bangkit menghantar sahabatnya itu ( sehingga sampai ke pintu rumahnya ) ketika ia keluar dari rumahnya.
23. Hendaklah ia berdiam ketika sahabatnya bercakap-cakap sehingga ia selesai daripada percakapannya dan janganlah ia suka mencelah ketika sahabatnya sedang barcakap-cakap.
Ringkas kata, hendaklah seorang sahabat itu bermuamalah atau bergaul dengan sahabatnya seperti cara yang ia sukai orang lain bermuamalah dengannya. Maka sesiapa yang tidak mencintai untuk sahabatnya akan sesuatu yang ia cintai bagi dirinya sendiri, maka persahabatan masih tidak ikhlas dan masih mempunyai anasir-anasir munafik dan persahabatan itu akan membawa kepada kebinasaan di dunia dan di akhirat. Maka inilah adab-adab yang mesti engkau jaga pada hak saudaramu yang engkau jadi sahabat akan dia.
06 April, 2007
Akhlak Muslim
"Jagalah dirimu dari perkara-perkara yang haram nescaya anda menjadi manusia yang paling 'abid, dan terimalah dengan penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan Allah kepada anda nescaya anda akan menjadi manusia yang paling kaya, berbudilah kepada jiran anda, nescaya anda menjadi mu'min yang sebenar, dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai anda untuk diri anda sendiri, nescaya anda menjadi seorang muslim yang sebenar, dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati.(diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari abu Hurairah)
Perintah yang terkandung dalam hadis di atas :
1) Menjauhi perkara-perkara yang diharamkan
Untuk mencapai darjat para muttakim, siddiqin, a'bidin dan solihin, seseorang itu perlu berusaha sedaya upaya menghindari dirinya dari terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan haram seperti makanan, minuman, perbuatan, tutur kata, .pendengaran, penglihatan dan tindakan.Usaha bagi menghindari perkara-perkara ini amatlah rumit kerana ia biasanya begitu hebat mempersonakan keinginan dan kecenderungan hati.
2 Relakan kurniaan dari Allah
Untuk mencapai ketenteraman jiwa, seseorang muslim itu haruslah membentuk sifat-sifat qanaah(berpada) sifat tidak tamak dan haloba dalam memenuhi keperluan hidup apabila ia merasa cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku orang yang paling kaya di dunia.
3. Hubungan baik dengan jiran
Untuk mencapai ketenteraman sosial setiap Muslim haruslah menjalankan hubungan yang baik dan mesra dengan jiran tetangga kerana mereka adalah kelompok manusia yang paling hampir dengan kita selain ahli keluarga yang lain.
4. Kasih sayang
Cintakan orang lainIslam adalah agama kasih sayang dan damai dari kekusutan hidup. Oleh itu setiap Muslim haruslah menaruh rasa kasih sayang terhadap orang lain sama dengan perasaan kasih terhadap dirinya sendiri. Apa yang tidak disukainya berlaku kepada dirinya harus pula tidak disukainya berlaku pada orang lain.
5. Jangan banyak ketawa
Ketawa pernah disifatkan sebagai "ubat jiwa". Akan tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan akan membuatkan seseorang itu tidak serius dalam kerja dan kehidupannya dan membuatkan hati nuraninya mati dalam keseronokan dan fikirannya tidak tajam dengan banyak ketawa. Barangsiapa banyak ketawa didunia dia akan menangis di akhirat dan barangsiapa menangis di dunia dia akan ketawa di akhirat.
05 April, 2007
Adab Menuntut Ilmu

Setiap perkara yang kita lakukan perlu mengikut adab. Dalam menuntut ilmu, terdapat adab-adab yang perlu diamalkan supaya perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan teratur dan berkesan :
• Niat
Seseorang pelajar mestilah memasang niat yang suci dalam hatinya. Niat yang baik itu menjernihkan hati hingga mudah memahami pelajaran. Niat yang penuh keihklasan menyingkirkan syaitan dan mengundang dan nur Illahi.
• Azam
Seseorang pelajar mestilah mempunyai kemahuan keras untuk memahami sesuatu ilmu. Allah berfirman di dalam Al-Quran
"Hendaklah engkau berhati teguh seperti keteguhan hati para Rasul yang memiliki kemahuan keras." Surah Al-Ahqaf :35
• Tekun
Pelajar mesti memperhatikan pelajaran dengan serius. Diriwayatkan :
Telah berkata Ibnu Mas'ud :"Adalah Rasulullah S.A.W apabila berdiri di atas mimbar, kami sekelian menghadap beliau dengan wajah-wajah kami"
[Hadis Riwayat At-Tarmizi]
Dalam hadis yang lain ada diingatkan perlunya diam di kala khutbah (pengajaran) berlangsung, supaya isi pelajaran dapat diserap dengan baik.
• Disiplin
Seseorang yang menuntut ilmu perlu ada sikap disiplin. Ini penting dalam menentuarahkan matlamat kita untuk mendapatkan ilmu. Jika sikap disiplin dapat diamalkan dan dipupuk dalam diri pelajar, nescaya perlaksanaan pembelajaran menjadi mudah. Pelajar boleh menentukan dan merancang kaedah pembelajarannya dan dapat mencorak masa depan sendiri sejak awal.
• Taat
Selain sikap disiplin, sikap taat juga penting. Seorang pelajar itu perlu taat pada gurunya. Ini kerana ketaatan seorang yang jahil kepada orang yang terpelajar adalah mengikut perintah agama iaitu ketaatan seluruh umat kepada Rasulullah S.A.W ketika Baginda bersabda:
"Ambillah apa yang didatangkan kepada Rasul kepadamu dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi."
Juga firman Allah yang bermaksud:
"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia, dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah".
Surah Al-Hasyr:7
• Hormat
Pelajar perlu menghormati guru yang mengajarnya supaya wujud keadaan yang harmoni dan hubungan kasih-sayang. Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hassan Al-Mawardi
"Muliakan orang yang kamu belajar daripadanya". "Muliakanlah guru-guru agama, kerana barangsiapa memuliakan mereka maka bererti mereka memuliakan aku".
• Memelihara Makanan dan Minuman
Pada zaman Rasulullah S.A.W, Baginda amat menitik beratkan soal pemakanan dan Baginda pernah menyebut tentang seorang manusia yang permintaannya tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T walaupun dia sering menadah tangan dan menyebut 'Ya Allah, Ya Allah'. Ini disebabkan sumber pemakanan dan minuman yang haram dan mempunyai unsur syubhah. Oleh itu pemakanan perlu dijaga untuk mendapat kecerdasan otak, kesihatan fizikal serta keberkatan dalam pembelajaran
Kursus BPPT
Dipilih mengikuti Kursus BPPT (Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi) yang diadakan di SMK Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan pada 26.03.2007 hingga 06.04.2007. Juru Latih Utama ialah Tn Hj Md Salleh Md Gaus dan dibantu oleh Azmin. Seramai 25 orang peserta telah dipilih mengikuti kursus ini dari sekolah rendah dan sekolah menengah di Seberang Perai Selatan.
Enjoy jugak laa kursus nie. Dapat belajar banyak perkara baru termasuk membuat laman blog .