25 Januari, 2012
Solat Witir
Solat Witir adalah solat yang unik kerana dikerjakan pada jumlah rakaat yang ganjil jumlahnya iaitu sekurang-kurangnya satu rakaat, selebihnya 11 rakaat.
Solat witir sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” - Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
“Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid.” - Hadis Riwayat at-Thabran
“Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak maka barang siapa yang tidak mengerjakannya ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa yaang tidak mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita!” - Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud
“Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiahkan) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta-unta yang terbaik. Iaitulah Solat Witir.” - Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah
Oleh yang demikian janganlah ditinggalkan solat witir, kerjakanlah walaupun hanya sedikit bilangan rakaatnya tetapi berterusan. Amalan yang berterusan tetapi sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah swt. Sebagai mana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.anha yang bermaksud:
“Ditanya Nabi Muhammad saw tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.” - Hadis Riwayat Bukhari
Sumber: http://langkahmindapositif.com
19 Julai, 2011
Fadhilat Solat Dhuha
Doa Dhuha:
Keindahannya, keindahanMu,
kekuasaannya, kekuasaanMu
Ya Allah,
jika sukar, permudahkanlah,
Berkat waktu dhuha,
Limpahkan kepadaku
15 Februari, 2009
Fadhilat solat berjamaah

Hadis 1
Diriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdhal daripada solah bersendirian.”
(Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)
Hadis 2
“Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia menunggu solah tersebut.”
(Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
Sumber/ Penerangan hadis:
Kitab Fadhilat Solat/ Fadhail Amal
Karangan Sheikul Hadis Maulana Muhammad Zakariyya rah.a.
17 Oktober, 2007
FADHILAT SOLAT
Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Islam tertegak di atas
Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam itu sebagai sebuah khemah yang disokong oleh
Kata Abdullah ibn Mas'ud:
"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad.'
Mullah 'Ali Qari mengambil hadith ini untuk menyokong pendapatnya iaitu solat adalah kewajipan agama yang penting selepas iman. Ini diperkuatkan lagi olah sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah,"
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Seseorang yang mengumpulkan dua solat tanpa sebarang alasan yang kukuh sampailah dia ke salah satu pintu kabair(dosa besar)."
Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Jangan melengah-lengahkan tiga perkara iaitu:
1.Solat-apabila telah masuk waktunya
2. Pengkebumian mayat- apabila jenazah sudah siap dan
3. Perkahwinan seorang wanita- apabila sudah ditemui jodohnya."
Ramai orang yang menganggap diri mereka sebagai orang Islam yang mengamalkan perintah Allah dengan bersolat secara menjama'kan solatnya apabila pulang ke rumah hanya dengan alasan mereka dalam perjalanan, berniaga atau bekerja.
Menangguhkan solat sehingga luput waktunya tanpa sesuatu alasan yang kukuh (misalnya uzur) adalah satu dosa besar. Walaupun ia tidak semudharat melengah-lengahkan solat namun berat juga.
Hadith 3:
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW memperkatakan tentang solat baginda bersabda :
"Pada hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengejarkannya; menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Walhal, tidaklah ada nur , pembela dan penyelamat".
"Yang senasib dengan orang-orang ini pada hari Hisab adalah kerana amalan-amalan orang yang sesat ini diikuti . Itulah sebabnya solat dilengah-lengahkan.
Dari itu jika seseorang melengah-lengahkan solat kerana tamakkan kekayaan, dia akan menemui nasib Qarun; jika kerana cintakan kedaulatan, maka nasib Fir'aunlah yang diterimanya; jika kerana berhasrat hendak mendampingi seorang raja maka nasib Hamamamlah yang diterimanya; dan jika kerana sibuk dengan berniaga maka nasib Ubay bin Khalaflah yang diterimanya."
Menerima nasib seperti mereka itu dengan jelasnya menunjukkan azab yang pedih sedang menunggu mereka yang melengah-lengahkan solat. Walaupun yang kafir akan kekal abadi menderita azab, sementara yang beriman akan dilepas setelah diazab beberapa tempoh dan akhirnya dibenarkan masuk syurga, namun tempoh azab ini tidak siapa yang tahu, mungkin sampai beribu-ribu tahun lamanya.
Sumber: Kitab Fadhilat Solat/ Fadhilat Amal
Karangan: Sheikul Hadith Maulana Zakaria rah.a
24 Jun, 2007
FADHILAT SOLAT

HADIS 1
Usman r.a. diberitakan sebagai berkata, "Allah SWT menganugerahkan sembilan kurnia atas orang yang menjaga solatnya dan mengamat-amati dalam mengerjakannya pada waktu-waktu yang telah ditetapkan, iaitu:
1) dia dicintai Allah SWT.
2) dia menikmati kesihatan.
3) selalu dinaungi malaikat.
4) rumahnya diberkati.
5) nur taqwa bercahaya pada wajahnya.
6) hatinya lembut.
7) dia akan melintas Titi Siraq seperti kilat pantasnya.
8) dia diselamatkan dari neraka
9) jiran-jirannya di syurga adalah mereka yang Allah berfirman yang mafhumnya: "Mereka tidak merasa takut dan tidak gundah-gulana". (Al-Baqarah: 38)
HADIS 2
Rasulullah SAW bersabda, "solat adalah tiang agama dan mempunyai sepuluh fadhilat, iaitu:
1) daya penarik pada wajah.
2) teman di dalam kubur.
3) jalan turunnya rahmat Allah.
4) anak kunci ke syurga.
5) timbangan bagi neraca (amalan baik).
6) jalan untuk mendapat keredhaan Allah.
7) harga bagi syurga.
8) naungan terhadap api neraka.
9) seorang yang sangat memberati solatnya menegakkan Islam.
10) seorang yang melengah-lengahkannya merosakkan Islam."
24 April, 2007
Solat-solat Sunat
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesiapa yang mempunyai hajat dari Allah atau salah seorang dari manusia maka hendaklah ia mengambil wudu’ dengan sabaik-baiknya, kemudian dia solat dua rakaat ….sembahyang hajat bilangan rakaatnya dua, ada yang mengatakan sebelas rakaat…”
Lafaz niat :
أصلي سنة الحاجة ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana Allah taala
Kemudian dibaca pada ….
Rakaat pertama:
1) Membaca surah Al-Fatihah (الفاتحه) selepas itu….
2) Membaca ayat Al-Kursi الله لا إله إلا هو الحى القيوم.....
Rakaat kedua :
1) Membaca surah Al-Fatihah (الفاتحه) selepas itu….
2) Membaca surah Al-Ikhlas قل هو الله أحد .....
2. SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Sembahyang sunat tahajjud ini dikerjakan pada waktu malam, setelah terbangun atau bangun daripada tidur di tengah malam hari. Di dalam al-Quran menganjurkan agar mengerjakan sunat tahajjud ini , sedangkan Nabi SAW pernah bersabda :
“Sembahyang 2 rakaat yang dikerjakan oleh hamba Allah di tengah malam yang akhir itu, terlebih baik baginya daripada dunia dan barang yang ada di dalamnya”.
Lafaz niatnya :
أصلي سنة التهجد ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah taala
Cara solatnya : seperti sunat –sunat yang lain.
Selepas selesai solat bacalah doa ini (tidak diwajibkan)

Sembahyang sunat taubat ini adalah sesudah seseorang melakukan dosa atau merasakan telah melakukan dosa, lantas terus bertaubat kepada Allah taala .
Syarat –syarat bertaubat :
1. menyesal akan perbuatan yang telah dilakukan.
2. bercita-cita tidak akan melakukannya lagi.
3. dan memohon keampunan dari Allah taala.
Lafaz niatnya :
أصلي سنة التوبة ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana Allah taala
Cara solatnya : seperti sunat –sunat yang lain.
4. SOLAT SUNAT WITIR
Sunat witir ini di sunatkan setiap malam iaitu selepas waktu solat isyak sehinggalah sebelum masuknya waktu solat subuh. Ianya boleh dilakukan selepas daripada melakukan segala jenis solat samada solat sunat atau fardhu (penyudah segala solat-solat).
Bilangan solat witir :
Solat sunat witir ini boleh dilakukan satu rakaat, sebaik-baiknya 3 rakaat dengan dua salam, dan se afdalnya 11 rakaat.
a. Lafaz niat ( 2 rakaat yang pertama):
أصلي سنة الوتر ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana Allah taala
b. lafaz niat ( satu rakaat yang akhir) :
أصلي سنة الوتر ركعة لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat witir satu rakaat kerana Allah taala
Cara solatnya : seperti sunat –sunat yang lain.
4. SOLAT SUNAT ISYRA'
Sesudah terbit matahari kadar segalah atau 20 minit selepas terbit matahari (Syuruk), Disunatkan mengerjakan sunat 2 rakaat yang dinamakan sunat isyra'.
Setengah Ulama' mengatakan masa solat sunat ini hanya sekadar 15 atau 20 minit sahaja kerana selepas itu masuk waktu solat Dhuha pula.
Lafaz niat :
أصلي سنة الإشراق ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Isyrak 2 rakaat kerana Allah taala
Cara solatnya ialah :
Rakaat pertama:
1) membaca surah Al-Fatihah (الفاتحه) selepas itu….
2) membaca ayat Al-Kursiقل يا أيها الكافرون.....
Rakaat kedua :
1) membaca surah Al-Fatihah (الفاتحه) selepas itu….
2) membaca surah Al-Ikhlas قل هو الله أحد .....
5. SOLAT SUNAT DHUHA
Sesudah sembahyang isyrak, ada pula di pagi hari sesudahnya terbit matahari , kadar tinggi segalah, maka di sunatkan sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat atau 4 rakaat atau 6 rakaat atau 8 rakaat. Tiap-tiap 2 rakaat satu salam.
Waktunya 35 minit selepas terbit matahari (Syuruk) sehingga gelincir matahari.
Lafaz niatnya :
أصلي سنة الضحى ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah taala
Cara solatnya : seperti sunat –sunat yang lain.
Selepas solat boleh berdoa seperti di bawah (tidak diwajibkan)
