Sahabat

07 April, 2007

Kalimah Allah di mana-mana

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [QS. Al- Fushshilat]















Kalimah Allah pada sarang madu lebah







Kalimah Allah Pada batu permata













Kalimah Allah di lautan di lihat dari Satelit









Kalimah Allah pada ikan














Kalimah Allah pada pokok kaktus














Kalimah Allah terbentuk pada awan















Kalimah Allah pada buah tembikai




















Kalimah Allah pada Buah tomato




















Kalimah Allah di langit tatkala senja.



















Kalimah Allah pada badan ikan

2 ulasan:

  1. SUBHANALLAH. SEMOGA MANUSIA INSAF TENTANG KEBESARAN ILAHI.

    BalasPadam
  2. Allah telah menciptakan langit yang mempunyai tujuh lapisan. Dan juga bumi yang hidup di atasnya bermacam jenis hidupan. Allah telah menciptakan segala apa yang hidup dan juga segala apa yang mati. Dan Sang Khaliq ini jugalah yang telah menciptakan segala sesuatu, sama ada yang zahirnya atau yang ghaib.

    Maha Kuasa Allah yang juga telah menciptakan manusia dari segumpal tanah, yang kemudiannya keturunannya pula dari setitis air mani yang sangat hina. Dan manusia dijadikan berperingkat-peringkat sehinggalah ia menjadi sempurna dan lahir kedunia ini. Lahir dalam keadaan yang penuh dengan penyerahan diri kepada Allah, dengan fitrahnya yang telah difitrahkan ke atasnya.Maka segala anggota yang Allah berikan itu berfungsi mengikut fungsinya, menurut kehendak aqalnya.

    Adapun mata itu juga merupakan salah satu dari hamba-hambanya yang dipinjamkan kepada manusia dengan fungsinya yang tertentu. Dan aqalnya serta hatinya juga dicipta oleh al-Khaliq untuk menjalankan fungsi yang tertentu. Demikianlah sifat pemurahnya Allah. Tuhan ar-Rahman telah menyampaikan kepada kita di dalam al-Qur'an, bahawasanya mata itu digunakan untuk melihat, aqal untuk memikir dan hati pula untuk memahami apa yang dilihat.

    Maka melihatlah mata, akan segala apa yang ada di muka bumi, dan juga yang ada di langit yang di antaranya ialah: Planet-planet yang bergerak di dalam orbitnya, tidak berlanggaran sesama sendiri. Burung-burung yang berterbangan tanpa ada apa menyokongnya dari atas dan dari bawahnya. Pokok-pokok hijau yang meliputi bumi, membekalkan oksigen kepada manusia. Sehingga ikan di dalam air pun dilihatnya.

    Kemudian aqalnya menterjemahkan apa yang dilihatnya itu, siapakah yang telah menciptakan itu dan ini? Siapakah yang membenarkan itu terjadi? Siapakah yang telah mengajar mereka semua ini? Siapakah yang telah mentadbir dan memelihara sunnah ini? Siapa..? Siapa..? Maka difikir-fikirkanlah si aqal manusia, sehingga ia memperoleh jawapan.

    Adapun jawapan tersebut hanya akan diperoleh, apabila hati pula mentafsirkan, apa yang difikirkan dan dilihat. Maka datanglah kepadanya kefahaman dan keyakinan, bahawah yang telah menciptakan segala sesuatu yang dilihat itu tidak lain dan tidak bukan, adalah Allah yang Maha Berkuasa.

    Mereka yang hatinya faham dan yakin, akan mengiqrarkan apa yang dilihatnya itu dan kemudian disusuli pula dengan amal. Inilah dia hakikat keimanan. Keimanan seperti imannya Ibrahim a.s. yang juga telah melihat, memikirkan, dan memahami. Juga orang-orang lain yang mendapat pertunjuk dariNya.

    Akan tetapi, di bumi ini... Ada di kalangan manusia yang mempunyai mata tapi buta, mempunyai aqal tetapi tidak memikirkan, dan mempunyai hati tetapi tidak memahamkan. Mereka inilah orang yang telah disebut di dalam al-Furqan:
    "Dan sesungguhnya Kami akan memenuhi Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." [7:179]

    Begitu luas dan banyaknya ciptaan Allah, apa yang dapat dilihat hanya perkara-perkara yang "kecil". Apalah sangat kalimah-kalimah Allah yang ada itu berbanding dengan seluruh penciptaan Allah yang lain di sisiNya? Ya, memang kalimah-kalimah itu merupakan salah satu daripada ciptaan Zat al-Khaliq, akan tetapi butalah mata dan hati manusia yang hanya nampak kekuasaan Allah pada kalimah-kalimah tersebut. Dan rugilah mereka.

    Inilah hakikat manusia sekarang. Kekuasaan Allah hanya wujud apabila fenomena-fenomena "ganjil" seperti ini berlaku. Apabila awan membentuk sperti kalimah Allah, apabila terdapat kalimah Allah pada tumbuhan-tumubuhan, apabila rukuk kelihatan seperti orang yang sedang ruku', dan banyak lagi, maka pada saat itu sahajalah mereka berasa takjub akan kekuasaan Allah.

    Oleh itu, marilah kita menjadi golongan yang Allah sebutkan di dalam sepuluh ayat terakhir surah Aali 'Imran:
    "Iaitu orang yang mengingati Allah, ketika berdiri, dan ketika duduk, juga ketika mereka sedang berbaring, dan mereka bertafakkur tentang kejadian langit dan bumi (lalu berkata:) 'Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan ini sia-sia maka jauhklah kami dari azab api neraka'..."

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...